Toner muka sebagai bahan penyegar dan pembersih kulit muka

Sharing is caring!

Apakah yang dinamakan sebagai cecair “losyen” atau lebih dikenali sebagai toner muka

Sejak anda mula mengambil berat tentang penjagaan kulit. Tidak kira dimana saja tempat anda bermula menggunakannya alat solekan dipejabat , kedai kosmetik atau pusat jagaan kesihatan anda harus tahu kepentingan peggunaan toner muka.

Tetapi apakah yang anda tahu berkenaan toner muka atau losyen cecair ? Jadi apa kata kita semua bermula dari awal . Seperti kanak kanak sekolah yang ingin mempelajari sesuatu yang baru.

Pendapat umum , mengatakan toner sebagai membantu peningkatan kadar lebapan kulit. Jadi adakah toner sejenis pelembab ? Dari pandangan lain , toner dikelasifikasikan sebagai pengimbang rona warna kulit yang digunakan selepas penggunaan pembersih .

toner muka

toner muka

Jadi apakah fungsi utama toner muka sebenarnya ?

Ianya bukan satu mesteri yang besar. Penggunaan toner adalah satu proses pembersihan muka yang dilengkapkan selepas anda mengunakan pembersih muka . Toner berfungsi untuk mengeluarkan kekotoran pada kulit seperti habuk , minyak dan pencemaran debu . Ianya juga berfungsi untuk membersih sisa-sisa kotoran yang ditinggalkan oleh pembersih muka.

Dari bahan apakah toner dibuat dan berapa jenis toner  muka yang ada di pasaran ?

Kebanyakan toner dibuat daripada cecair yang berasaskan air . Ia dicampur dengan beberapa bahan kimia yang diaktifkan bersama ekstrak tumbuhan atau pati minyak tumbuhan . Beberapa bahan aktif ini dikelaskan mengikut jenis kulit yang sesuai dan fungsi toner terhadap kulit.

Beberapa jenis toner  muka yang terdapat dipasaran

1.Hydrating toner
Sejenis toner yang mengembalikan kelembapan kulit . Ia akan memberikan kulit anda rasa segar dan mengurangkan garisan awal penuaan.

2.Smoothing toner
Toner ini digunakan selepas anda membersihkan kulit. Ia mempunyai asid laktik dan asid sitrik untuk perlahan-lahan mengupas kulit untuk membantu membersih lubang pori pori dan membersihkan sel-sel kulit mati.

3.ph Balancing toner
pH balancing toner digunakan untuk mengembalikan rona warna kulit dengan cara mengecilkan ruang antara pori pori pada muka anda . Dengan mengembalikan nilai pH pada kulit anda , ianya akan rasa segar dan mencantikan kulit muka anda .
4. Cleansing toner
Toner pembersih adahlah toner yang paling mudah digunakan. Fungsi utamanya adalah untuk membersih kesan -kesan akkohol , minyak atau sabun dari pembersih muka yang digunakan semasa memulakan aktiviti membersih kulit muka. Ia juga disertai dengan bahan aktif untuk menyegarkan kulit agar kelihatan bersih dan putih .
Apakah jenis toner yang bagus untuk anda pilih ?

Pemilihan toner adalah terjawab dengan fungsi toner yang anda perlukan. Telliti kulit anda , dapatkan punca masalah kulit yang perlu anda atasi . Pilih cecair toner yang bersesuaian dengan kulit anda.

Penggunaan toner “rosewater ” adalah cecair toner serbaguna dan amat sesuai untuk berbagai kulit . Fungsi utama toner ini adalah untuk membersih dan menyegarkankan kulit . Ianya amat berguna terhadap kesegaran kulit tanpa meninggalkan rasa kering pada kulit dan meningkatkan kelembutan kulit anda.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *