Bagaimana memilih bahan utama sumber kalogen semulajadi

Sharing is caring!

Apakah yang anda perlu tahu semasa memilih produk kecantikan berasaskan kalogen semulajadi.

Lambakan produk-produk kecantikan  samada secara diatas talian (online) mahupun di media hiburan  membuat anda sukar untuk memilih yang terbaik mengikut kemampuan. Di sini kami ingin kongsikan tips-tips mudah  untuk memilih kalogen semulajadi dengan betul.  Begitu juga tips kecantikan yang mudah  dan apa yang perlu anda tahu dalam memilih produk kecantikan ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan kalogen semulajadi

Kalogen semulajadi membentuk 70% daripada lapisan  luar kulit yang dikenali sebagai dermis. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan anda. Kalogen  membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Secara ringkasnya kalogen adalah protein semulajadi terbentuk sendiri di  dalam badan anda yang memberikan struktur, ketegangan dan sokongan kepada badan dan bukan hanya pada kulit. Ia adalah tisu penghubung utama dalam badan anda yang membina kira-kira 26% tisu otot.

 

kalogen semulajadi

kalogen semulajadi

Namun begitu, jumlah kalogen akan berkurangan apabila anda meningkat dewasa. Kalogen semulajadi dalam badan anda mula mengurang apabila anda mula menyedari kemunculan kedutan-kedutan di muka serta mula berasa sengal dan sakit di bahagian sendi. Kalogen dalam badan mula berkurang apabila usia mula mencecah 25 tahun dengan pengurangan 1.5% setiap tahun. Dengan kemerosotan kalogen  semulajadi setiap tahun ditambah pula amalan diet yang tidak seimbang serta pencemaran telah mempercepatkan lagi proses penuaan sebelum usia.

Walaupun kalogen semulajadi hakikatnya bukanlah hanya untuk keanjalan kulit semata- mata , namun tanda-tanda penuaan sebelum usia pada wajah menjadikan produk ini mula menarik perhatian ramai.

Apakah perkara-perkara penting yang perlu anda tahu dalam memilih kalogen semulajadi ?

No.1

Kalogen semulajadi adalah terdiri daripada tidak kurang dari 28 jenis. Setiap jenis kalogen mempunyai fungsinya tersendiri. Contohnya kalogen  jenis 2 adalah bagus untuk sendi. Manakala untuk kulit anda memerlukan kalogen jenis 4 dan jenis 7 untuk anti kedutan.

No.2

Ada dua sumber utama kalogen semulajadi iaitu kalogen Bovine (tulang lembu) dan kalogen marin. kalogen semulajadi yang dihasilkan daripada sumber marin (sumber laut dalam) adalah 60% lebih asli daripada kalogen Bovine   (lembu).

Kalogen semulajadi yang ada di pasaran sekarang kebanyakkannya mengandungi kalogen jenis 2 untuk sendi dan jenis 3 dan 4 untuk meremajakan kulit anda. Pastikan ianya diadun bersama kalogen marin  bagi mendapatkan kalogen semulajadi yang berkualiti.

No.3

Juga pastikan ia mengandungi gula amino untuk kesihatan sendi.

No.4

Pilih kalogen semulajadi yang mengandungi emollient bagi mengekalkan kelembapan pada kulit.

No.5

Pastikan setiap kalogen semulajadi mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan tegangan pada kulit kerana fungsinya adalah untuk mengikat kalogen dengan serat yang elastin.

No.6

Antara kandungannya mengandungi vitamin untuk menggalakkan proses sintesis dan pembentukan kalogen secara semulajadi.

No.7

Rata-rata saiz kalogen semulajadi di pasaran adalah diantara 2000 – 5000 dalton. Saiz kalogen semulajadi yang lebih kecil adalah lebih bagus dari segi penyerapan yang optimum serta kesan yang lebih cepat. Namun penghasilan saiz kalogen semulajadi yang kecil adalah lebih mahal dan secara tidak langsung menyebabkan kalogen semulajadi yang mempunyai saiz yang kecil adalah agak mahal.

No.8

Mengandungi antioksida yang tinggi bagi mengurangkan proses penuaan dan mengawal kulit dari sinaran UV.

Petua Tegangkan kulit

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk tegangkan kulit muka yang boleh anda praktikkan dalam aktiviti seharian.

1. Tegangkan Kulit Muka Cara Pertama:

Buka mulut anda luas-luas. Lebarkan juga mata anda. Kembali semula kepada posisi normal. Lakukan teknik ini sebanyak lima kali dan ulang lagi sebanyak lima kali sambil menggerakkan kepala anda ke kanan dan ke kiri.

2. Tegangkan Kulit Muka Cara Kedua:

Tekan dahi anda berhampiran dengan kawasan rambut dengan jari-jari. Urutlah dengan gerakan ke belakang. Cara ini berkesan untuk menyamarkan kedutan di dahi anda, sekaligus tegangkan kulit muka.

3. Tegangkan Kulit Muka Cara Ketiga:

Buka mulut anda luas-luas, turunkan kepala ke belakang. Kemudian, buka dan tutup mulut seperti anda sedang mengunyah makanan. Lakukan sebanyak 10 kali.

4. Tegangkan Kulit Muka Cara Keempat:

Duduklah di depan cermin dan pastikan wajah anda memandang lurus ataupun tepat ke cermin. Tekan gigi atas dan bawah. Lebarkan bibir. Tahan dalam kiraan 10, kemudian kembali ke posisi normal dan ulang sebanyak 10 kali.

Jika kulit wajah anda jenis kering:

Anda boleh mengatasinya dengan masker. Buatlah masker daripada campuran air kelapa hijau, susu segar, putih telur dan satu sudu besar madu. Untuk mendapatkan hasil yang baik, pastikan anda melakukannya secara teratur.

Jika kulit wajah anda jenis berminyak:

Anda boleh menggunakan masker bengkuang. Gunakan masker daripada bengkuang yang dicampur dengan perahan limau nipis dan air limau nipis. Lakukan secara rutin dan minyak di wajah anda akan hilang sedikit demi sedikit. Wajah anda pasti akan jadi lebih cantik, anjal dan segar.

Petua kesegaran kulit
Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi polifenol dan antioksidan tinggi yang boleh mencegah penyakit akibat penuaan semulajadi. Selain itu, ia juga mampu menjaga kesihatan otak dan mencegah kanser jika diambil dua sudu besar dalam sehari.

Aprikot

Minyak aprikot dikatakan mampu melawan oksigen jahat yang merosakkan kulit. Selain itu, ia juga berupaya menurunkan kadar kolesterol jahat sekaligus meningkatkan kolesterol baik dan tinggi kandungan betakaoten dan likopen yang baik untuk kesihatan jantung. Sel baik dalam tubuh mampu bekerja menembusi ‘mitokondria’ dan melawan radikal bebas yang menyebabkan kulit berkedut. Secara tidak langsung ia akan tegangkan kulit muka.

Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan antioksidan dan baik untuk diet kerana kaya dengan kandungan katekin. Kandungan katekin efektif meningkatkan metabolism tubuh. Ekstrak teh hijau juga mampu memberikan perlindungan jaringan kulit, sekaligus berupaya tegangkan kulit muka.

 

Related Post

One thought on “Bagaimana memilih bahan utama sumber kalogen semulajadi

  1. Fruits And Vegetables Vitamin A

    The Types Of Fruits And Vegetables That Contain uncountable vitamin A – going to acknowledge vegetables and fruits that contain uncountable vitamin A will assistance ourselves to be nimble to prefer the daily food plenty and nourishing for the body. because the fruit in the same way as tawny contains a lot of carotenoid (a sort of sustenance A) than alternating fruit color. Vegetables were therefore. Vegetables following yellowish-brown contains a lot of vitamin A than inexperienced coloured vegetables. during this article can discuss a lot of regarding the categories Of Fruits And Vegetables That Contain uncountable sustenance A:

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *