Kesan kekurangan pengambilan kolagen semulajadi terhadap badan

Sharing is caring!

Apakah yang dinamakan sebagai kalogen semulajadi ?

Dalam banyak-banyak produk kolagen dipasaran, antara yang kerap didengari ialah kolagen semulajadi. Ataupun juga dikenali dengan nama kolagen mentah, kolagen marine semulajadi, kolagen mentah semulajadi dan macam-macam lagi. Selalunya apa yang dimaksudkan dengan kolagen semulajadi ini adalah kolagen daripada sumber rumpai laut. Jadi anda perlu memilih apa yang terbaik untuk pengambilan kolagen semulajadi untuk badan anda.

Tapi ramai yang salah faham menyangkakan rumpai laut itu adalah kolagen.

Rumpai laut memang mengandungi kandungan kolagen yang tinggi. Rumpai laut juga banyak khasiat. Tapi kolagen dalamnya berstruktur besar dan pengambilan kolagen semulajadi hanya daripada rumpai laut belum tentu cukup atau terlebih untuk keperluan badan.

Kolagen apakah  yang terbaik dan dapat memberikan kesan terbaik?

Sumber kolagen adalah daripada haiwan dan tumbuhan. Sumber kolagen yang terbaik adalah daripada sumber haiwan seperti lembu dan ikan laut dalam. Namun, sumber kolagen yang terulung adalah daripada ikan laut dalam kerana ianya lebih berkesan untuk kebaikan kesihatan dan kecantikan pengamalnya.

kekurangan kalogen

kesan kekurangan kalogen

Bagaimana pula dengan maksud kolagen terhidrolisis

Kolagen terhidrolisis ni ialah kolagen yang sudah diproses. Sumber kolagen akan dihancurkan dan menjalani beberapa proses lain dan akhirnya menjadikannya tekstur dan molekul kolagen ini sangat halus. Ini membolehkan badan menyerap kolagen dengan lebih cepat dan kolagen dapat memberikan kesan yang lebih efektif.

Ada macam-macam jenis dan pelbagai rupa dipasaran. Ada yang dijadikan dalam bentuk minuman, makanan, produk kecantikan seperti lipstik, sabun dan sebagainya.

Hubungan kalogen dan kesan penuan kulit pada  manuasia

Penuaan intrinsik – apabila usia kita meningkat, penurunan kolagen semakin cepat dan ini menyebabkan kulit mengalami penuaan. Bermula pada usia 25 tahun, kandungan kolagen semulajadi kulit kita mula mengurang pada kadar 1.5% setahun. Pada usia 40 tahun, sintesis kolagen semula jadi kulit kita merosot sekurang-kurangnya 30% berbanding ketika kita berusia 20 tahun. Secara perlahan-lahan, dengan kadar kehilangannya kolagen lalu menyebabkan kulit menjadi kusam, kering dan hilang ketegangan yang asal.Oleh  itu pengambilan kolagen semulajadi yang berturusan dan teratur amat digalakan.

Penuaan ekstrinsik – selain itu, cahaya uv, pencemaran alam sekitar, gaya hidup yang penuh tekanan serta tabiat yang tidak sihat seperti merokok, penyalahgunaan alkohol akan menambahkan lagi penghasilan radikal bebas di dalam kulit lalu menghasilkan pengeluaran dan aktiviti enzim yang merosakkan struktur kulit.

Tahukah kita berapa banyak kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan sekiranya kita ingin kelihatan cantik dan sihat. Tubuh kita mulai kehilangan kolagen sedikit demi sedikit apabila usia kita meningkat 20 an keatas. Bagaimana pula sekiranya usia kita menjangkau 30an dan 40 an atau 50 an. Dimanakah kategori umur kita? Kita bukan sahaja kehilangan banyak kolagen malahan badan kita mulai sakit sakit sendi, kulit akan kering dan kelihatan tua, serta tulang akan mulai mengalami kerapuhan tulang. Kekurangan mengambilan kalogen semulajadi akan mengurangkan kekuatan tulang dan sendi dalam badan kita.

Disebabkan kolagen sangat penting dalam memberi bentuk dan kekuatan untuk memegang anggota badan yang terlibat pada tempatnya. Dari segi luaran pula boleh menampakkan kesan penuaan pada kulit dan wajah.

kesan-kebaikan-kalogen

kebaikan kalogen semulajadi

Antara kesan kekurangan kolagen ialah:
  1. Menjejaskan kesihatan tulang, saraf dan tendon serta mengganggu pergerakan yang bebas
  2. Kedutan, pori – pori  terbuka dan garis halus kelihatan
  3. Kulit kering dan mengelupas
  4. Kulit semakin kurang keanjalan
  5. Kulit menjadi kasar
  6. Rambut menipis dan gugur
  7. Pigmentasi
  8. Payudara tidak tegang dan anjal lagi
  9. Mata rasa kering

Kalogen akan berfungsi sebagai penyokong tubuh kita. Kolagen ibarat gam yang melekatkan bahagian-bahagian tubuh badan pada tempatnya dan memberi bentuk kepada anggota tubuh. Tanpa kolagen badan kita ibarat jelly yang tiada sokongan dan mudah terpisah. Paras kolagen yang tinggi dalam badan boleh menyerlahkan rupa dan susuk tubuh yang sihat.

 

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *