Pemutih gigi dengan bahan mudah dari dapur

      No Comments on Pemutih gigi dengan bahan mudah dari dapur

Sharing is caring!

Adakah anda ingin mendapat bahan pemutih gigi yang berkesan hanya dari dapur dan tidak perlu membayar kos rawatan gigi yang mahal ?

Bagi anda yang mempunyai masalah gigi berwarna , ada beberapa cara memutihkan gigi anda . Terdapat banyak produk pemutih gigi yang berkesan dan juga cara – cara tradisional untuk memutihkan gigi.

Untuk kali ini kita akan kaji dan belajar antara cara – cara alternatif untuk memutihkan gigi. Anda boleh cuba antara beberapa kaedah memutihkan gigi yang sesuaian dengan gaya hidup anda.

pemutih gigi

pemutih gigi berkesan

Baking Soda sebagai agen pemutih gigi

Bahan pertama yang digunakan untuk memutihkan gigi adalah Baking Soda. Ianya adalah serbuk bewarna putih dan amat mudah untuk diperolehi di mana mana dapur di dunia ini.
Dengan nama saintifik Sodium Bicarbonate (NaHCO₃) , ianya digunakan sebagai agent penaik didalam pembuatan kek dan roti .

Dengan mengosokan gigi anda bersama campuran baking soda , kesan kristal yang dimiliki oleh baking soda akan menjadikan ianya sebagai satu scrub pada gigi. Kesan – kesan degil berwarna kuning dan karat gigi dapat dikurangkan jika dilakukan setiap hari .

Dapatkan buah lemon yang kuning sebagai pemutih gigi yang pantas

Cara kedua ialah penggunaan buah Lemon yang berwarna kuning . Buah lemon yang masak berwarna kuning mempunyai citric acid yang boleh menghilangkan warna pada gigi . Ia juga mempunyai Vitamain A, C , calcium , B6 dan B12 . Cara menggunakan buah lemon adalah dengan cara memotong buah lemon menjadi hirisan-hirisan kecil . Kemudain gosokkan dengan perlahan pada gigi dan gusi anda. Kemudian bersihkan gigi anda dengan menggunakan air bersih . Penggunaan lemon sebagai pemutih gigi amatlah berguna untuk menghilangkan plak gigi .

Makan buah strawberry untuk dapatkan pemutih gigi yang amat sedap

Bahan ketiga yang akan digunakan sebagai pemutih gigi adalah buah Strawberry . Buah strawberry masak berwarna merah digunakan sebagai pemutih gigi dengan cara paling mudah iaitu dengan makan dan kunyah dengan sebaik mungkin. Sifat buah strawberry yang mempunyai banyak fiber atau serabut dan kadar nilai acid buah yang tinggi mampu untuk menanggalkan kesan gigi berwarna . Kaedah ini amat sesuai untuk anda yang mempunyai kesan alahan terhadap bahan kimia terhadap hydrogen proxide .

Rasakan pemutih gigi yang amat masam dari cuka apple

Kaedah terakhir yang akan digunakan sebagai bahan pemutih gigi alternatif adalah cuka apple atau cidar apple vinegar . Ianya adalah bahan cecair yang diperolehi daripada buah apple yang diperam . Sifat cuka apple yang berasid amat sesuai digunakan untuk memutihkan gigi. Cara penggunaannya amat mudah iaitu dengan berkumur – kumur dan membersihkan mulut dan gigi anda. Ia juga amat berkesan digunakan untuk membersihkan mulut dari kuman dan menghilangkan rasa loya.

Kini anda telah dapat mengetahui beberapa cara alternatif yang dapat dipraktikan untuk memutihkan gigi. Mempunyai gigi putih dan cantik adalah idaman semua orang. Apa yang anda perlukan hanyalah berusaha mendapatkannya . Tidak hanya menggunakan produk pemutih gigi komersial tapi anda juga boleh mencuba tips kecantikan gigi dari bahan alternatif yang amat mudah diperolehi di dapur anda.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *