Pemutih gigi yang berkesan untuk ramaikan kenalan

Sharing is caring!

Senyuman mesra boleh membantu untuk merapatkan hubungan diantara anda dan rakan – rakan. Dengan senyuman yang memiliki gigi putih lagi cantik dan berseri anda tidak akan kekurangan kawan.

Gigi putih adalah faktor utama dalam industri kesihatan dan kecantikan. Jarang sekali  kita akan melihat model atau selebriti dengan gigi kuning atau berwarna. Mari kita bersama -sama terokai topik ini, gigi lebih putih membawa keyakinan kepada pemiliknya. Terdapat beberapa cara untuk kita sebagai pengguna  komersial harian ( bukan selebriti ye ) boleh mendapatkan  senyuman dengan gigi putih dan cerah.

pemutih gigi

pemutih gigi

Antara produk pemutih gigi  yang popular untuk mendapatkan gigi putih yang cantik.

Klinik gigi pemutihan cara bleaching

Kita akan bermula dengan rawatan  professional  pemutih gigi dengan lawatan ke klinik  pergigian. Kebanyakan doktor menggunakan Carbamide Peroxide dalam bentuk gel.  Klinik akan menyediakan dulang (tray)   gigi disesuaikan dengan bentuk gigi  pesakit. Ia dibuat mengikut  acuan plaster gigi pesakit . Kegunaan dulang ini adalah untuk  mengurangkan risiko pemutihan yang berbaris kerana ia dibuat khas untuk setiap pesakit . Sama seperti  set pemutih gigi dirumah   mengunakan bahan aktif yang sama iaitu Carbamide Peroxide, tapi tiada dulang atau tray  khas digunakan. Doktor gigi mengenakan bayaran sehingga  RM1500 untuk rawatan ini, terutamanya untuk menampung kos acuan khas untuk bentuk  plaster gigi pesakit.

Gel pemutih gigi

Untuk harga yang lebih murah, kita semua  mampu untuk mendapatkan gigi putih  sambil bersantai di rumah sahaja. Penggunaan gel pemutih gigi sebagai DIY kit dirumah . Kebanyakan kit ini mengandungi formula  berasaskan Carbamide Peroxide  yang sama seperti  digunakan oleh doktor gigi cuma pada dos atau kekuatan yang berbeza . Satu lagi faedah  kit pemutihan gigi di rumah ini  adalah harga. Anda tidak membayar bil klinik gigi yang mahaldan  anda akan mendapati diri anda membayar beratus kurang daripada yang anda lakukan di klinik pergigian. Harga kit gel pemutih gigi berkualiti hanya  bermula dari RM40.00 ! Kelemahan sebenar kit dirumah hanya anda tiada acuan khas semasa menggunakannya. Ini akan menyebabkan rasa sedikit tidak selesa pada mulut  dan lidah anda . Selebih dari itu , ianya adalah selamat digunakan .

Pemutihan gigi menggunakan jalur pemutihan

Keputusan dari jalur pemutihan biasanya kurang daripada yang dikehendaki. Jenama utama dan terkenal masih memberikan hasil yang  mengecewakan.Selepas sebulan menggunakan  pemutih gigi berskala ini, hasilnya hanya di paras sederhana  dan tiada perubahan yang ketara.

Produk jalur pemutihan gigi ini dicipta untuk membuat pelanggan terus datang ke kaunter rak untuk jangkamasa yang lama tanpa efek yang serius . Masalahnya bermula kerana kebanyakan syarikat farmaseutikal yang terlibat hanya memikirkan keuntungan dan tidak memberi pengguna  produk hasil yang memuaskan.

Ubat gigi dengan kesan pemutihan

Ubat gigi dengan  pemutih gigi  seolah-olah mempunyai sedikit perubahan atau tidak berkesan langsung. Ujian yang dilakukan terhadap  satu jenama ubat gigi popular, terkenal yang mempunyai kuasa  pemutih gigi. Apa yang akan anda dapati hanyalah kesan pemutihan yang amat kurang dan anda perlu memberus gigi untuk jangkamasa yang agak lama untuk melihat perubahan yang sedikit.   Ubat gigi dengan bahan pemutih gigi  hanya lebih kepada gimmick  jabatan pasaran daripada satu usaha untuk menambahbaik hasil gigi yang cantik.

Kesimpulannya, pesaing sebenar di sini adalah klinik gigi dan gel pemutih gigi. Dua produk ini akan menyumbang kepada hasil pemutihan gigi yang terbaik dalam masa yang singkat. Jika kos adalah faktor yang kepada pemilihan anda sebagai pengguna , gel pemutih gigi ada pilihan yang tepat.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *